قۇرئان كەرىم مەنىلىرىنىڭ تەرجىمىسى - الترجمة الملايوية - عبد الله باسمية * - تەرجىمىلەر مۇندەرىجىسى


مەنالار تەرجىمىسى سۈرە: سۈرە شۇئەرا   ئايەت:

Asy-Syu‘araa’

طسٓمٓ
Taa, Siin, Miim.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
تِلۡكَ ءَايَٰتُ ٱلۡكِتَٰبِ ٱلۡمُبِينِ
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
لَعَلَّكَ بَٰخِعٞ نَّفۡسَكَ أَلَّا يَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ
Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِن نَّشَأۡ نُنَزِّلۡ عَلَيۡهِم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ ءَايَةٗ فَظَلَّتۡ أَعۡنَٰقُهُمۡ لَهَا خَٰضِعِينَ
Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَمَا يَأۡتِيهِم مِّن ذِكۡرٖ مِّنَ ٱلرَّحۡمَٰنِ مُحۡدَثٍ إِلَّا كَانُواْ عَنۡهُ مُعۡرِضِينَ
Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَقَدۡ كَذَّبُواْ فَسَيَأۡتِيهِمۡ أَنۢبَٰٓؤُاْ مَا كَانُواْ بِهِۦ يَسۡتَهۡزِءُونَ
Oleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَمۡ أَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوۡجٖ كَرِيمٍ
Masihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَإِذۡ نَادَىٰ رَبُّكَ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱئۡتِ ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: “Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, -
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَوۡمَ فِرۡعَوۡنَۚ أَلَا يَتَّقُونَ
“Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ رَبِّ إِنِّيٓ أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ
Nabi Musa merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَيَضِيقُ صَدۡرِي وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِي فَأَرۡسِلۡ إِلَىٰ هَٰرُونَ
“Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَلَهُمۡ عَلَيَّ ذَنۢبٞ فَأَخَافُ أَن يَقۡتُلُونِ
“Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ كَلَّاۖ فَٱذۡهَبَا بِـَٔايَٰتِنَآۖ إِنَّا مَعَكُم مُّسۡتَمِعُونَ
Allah berfirman: “Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَأۡتِيَا فِرۡعَوۡنَ فَقُولَآ إِنَّا رَسُولُ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
“Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَنۡ أَرۡسِلۡ مَعَنَا بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ
“Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ أَلَمۡ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدٗا وَلَبِثۡتَ فِينَا مِنۡ عُمُرِكَ سِنِينَ
Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَفَعَلۡتَ فَعۡلَتَكَ ٱلَّتِي فَعَلۡتَ وَأَنتَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ
“Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ فَعَلۡتُهَآ إِذٗا وَأَنَا۠ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ
Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَفَرَرۡتُ مِنكُمۡ لَمَّا خِفۡتُكُمۡ فَوَهَبَ لِي رَبِّي حُكۡمٗا وَجَعَلَنِي مِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
“Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَتِلۡكَ نِعۡمَةٞ تَمُنُّهَا عَلَيَّ أَنۡ عَبَّدتَّ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ
“Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ فِرۡعَوۡنُ وَمَا رَبُّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
Firaun berkata (dengan sombongnya): “Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَآۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ
Nabi Musa menjawab. “Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ لِمَنۡ حَوۡلَهُۥٓ أَلَا تَسۡتَمِعُونَ
Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: “Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ رَبُّكُمۡ وَرَبُّ ءَابَآئِكُمُ ٱلۡأَوَّلِينَ
Nabi Musa menegaskan lagi: “Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ ٱلَّذِيٓ أُرۡسِلَ إِلَيۡكُمۡ لَمَجۡنُونٞ
Firaun berkata (kepada orang-orangnya): “Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ رَبُّ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ وَمَا بَيۡنَهُمَآۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ
Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: “Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya!”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ لَئِنِ ٱتَّخَذۡتَ إِلَٰهًا غَيۡرِي لَأَجۡعَلَنَّكَ مِنَ ٱلۡمَسۡجُونِينَ
Firaun berkata: “Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ أَوَلَوۡ جِئۡتُكَ بِشَيۡءٖ مُّبِينٖ
Nabi Musa menjawab: “Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ فَأۡتِ بِهِۦٓ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ
Firaun berkata: “Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَأَلۡقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعۡبَانٞ مُّبِينٞ
Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَنَزَعَ يَدَهُۥ فَإِذَا هِيَ بَيۡضَآءُ لِلنَّٰظِرِينَ
Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ لِلۡمَلَإِ حَوۡلَهُۥٓ إِنَّ هَٰذَا لَسَٰحِرٌ عَلِيمٞ
Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: “Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
يُرِيدُ أَن يُخۡرِجَكُم مِّنۡ أَرۡضِكُم بِسِحۡرِهِۦ فَمَاذَا تَأۡمُرُونَ
“Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالُوٓاْ أَرۡجِهۡ وَأَخَاهُ وَٱبۡعَثۡ فِي ٱلۡمَدَآئِنِ حَٰشِرِينَ
Mereka berkata: “Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
يَأۡتُوكَ بِكُلِّ سَحَّارٍ عَلِيمٖ
“Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَجُمِعَ ٱلسَّحَرَةُ لِمِيقَٰتِ يَوۡمٖ مَّعۡلُومٖ
Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَقِيلَ لِلنَّاسِ هَلۡ أَنتُم مُّجۡتَمِعُونَ
Dan dikatakan kepada orang ramai: “Berkumpulah kamu semuanya;.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
لَعَلَّنَا نَتَّبِعُ ٱلسَّحَرَةَ إِن كَانُواْ هُمُ ٱلۡغَٰلِبِينَ
“Semoga kita (tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَلَمَّا جَآءَ ٱلسَّحَرَةُ قَالُواْ لِفِرۡعَوۡنَ أَئِنَّ لَنَا لَأَجۡرًا إِن كُنَّا نَحۡنُ ٱلۡغَٰلِبِينَ
Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: “Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ نَعَمۡ وَإِنَّكُمۡ إِذٗا لَّمِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ
Firaun menjawab: “Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ لَهُم مُّوسَىٰٓ أَلۡقُواْ مَآ أَنتُم مُّلۡقُونَ
Nabi Musa berkata kepada mereka: “Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَأَلۡقَوۡاْ حِبَالَهُمۡ وَعِصِيَّهُمۡ وَقَالُواْ بِعِزَّةِ فِرۡعَوۡنَ إِنَّا لَنَحۡنُ ٱلۡغَٰلِبُونَ
Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: “Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَأَلۡقَىٰ مُوسَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ تَلۡقَفُ مَا يَأۡفِكُونَ
Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَأُلۡقِيَ ٱلسَّحَرَةُ سَٰجِدِينَ
Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
Sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
رَبِّ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ
“Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ ءَامَنتُمۡ لَهُۥ قَبۡلَ أَنۡ ءَاذَنَ لَكُمۡۖ إِنَّهُۥ لَكَبِيرُكُمُ ٱلَّذِي عَلَّمَكُمُ ٱلسِّحۡرَ فَلَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَۚ لَأُقَطِّعَنَّ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَرۡجُلَكُم مِّنۡ خِلَٰفٖ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمۡ أَجۡمَعِينَ
Firaun berkata: “Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالُواْ لَا ضَيۡرَۖ إِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ
Mereka menjawab: “(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنَّا نَطۡمَعُ أَن يَغۡفِرَ لَنَا رَبُّنَا خَطَٰيَٰنَآ أَن كُنَّآ أَوَّلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
“Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
۞ وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَسۡرِ بِعِبَادِيٓ إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ
(Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَأَرۡسَلَ فِرۡعَوۡنُ فِي ٱلۡمَدَآئِنِ حَٰشِرِينَ
(Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya),
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ لَشِرۡذِمَةٞ قَلِيلُونَ
(Sambil berkata kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَإِنَّهُمۡ لَنَا لَغَآئِظُونَ
“Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَإِنَّا لَجَمِيعٌ حَٰذِرُونَ
“Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَأَخۡرَجۡنَٰهُم مِّن جَنَّٰتٖ وَعُيُونٖ
Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَكُنُوزٖ وَمَقَامٖ كَرِيمٖ
Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
كَذَٰلِكَۖ وَأَوۡرَثۡنَٰهَا بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ
Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَأَتۡبَعُوهُم مُّشۡرِقِينَ
Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَلَمَّا تَرَٰٓءَا ٱلۡجَمۡعَانِ قَالَ أَصۡحَٰبُ مُوسَىٰٓ إِنَّا لَمُدۡرَكُونَ
Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: “Sesungguhnya kita akan dapat ditawan”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ كَلَّآۖ إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهۡدِينِ
Nabi Musa menjawab: “Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضۡرِب بِّعَصَاكَ ٱلۡبَحۡرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرۡقٖ كَٱلطَّوۡدِ ٱلۡعَظِيمِ
Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Pukullah laut itu dengan tongkatmu”. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَأَزۡلَفۡنَا ثَمَّ ٱلۡأٓخَرِينَ
Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَأَنجَيۡنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُۥٓ أَجۡمَعِينَ
Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا ٱلۡأٓخَرِينَ
Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ إِبۡرَٰهِيمَ
Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦ مَا تَعۡبُدُونَ
Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apa yang kamu sembah?”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالُواْ نَعۡبُدُ أَصۡنَامٗا فَنَظَلُّ لَهَا عَٰكِفِينَ
Mereka menjawab: “Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ هَلۡ يَسۡمَعُونَكُمۡ إِذۡ تَدۡعُونَ
Nabi Ibrahim bertanya: “Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَوۡ يَنفَعُونَكُمۡ أَوۡ يَضُرُّونَ
“Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالُواْ بَلۡ وَجَدۡنَآ ءَابَآءَنَا كَذَٰلِكَ يَفۡعَلُونَ
Mereka menjawab: “(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ أَفَرَءَيۡتُم مَّا كُنتُمۡ تَعۡبُدُونَ
Nabi Ibrahim berkata: “Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? -
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَنتُمۡ وَءَابَآؤُكُمُ ٱلۡأَقۡدَمُونَ
“(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَإِنَّهُمۡ عَدُوّٞ لِّيٓ إِلَّا رَبَّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
“(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
ٱلَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهۡدِينِ
“Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱلَّذِي هُوَ يُطۡعِمُنِي وَيَسۡقِينِ
“Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ
“Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱلَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحۡيِينِ
“Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱلَّذِيٓ أَطۡمَعُ أَن يَغۡفِرَ لِي خَطِيٓـَٔتِي يَوۡمَ ٱلدِّينِ
“Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
رَبِّ هَبۡ لِي حُكۡمٗا وَأَلۡحِقۡنِي بِٱلصَّٰلِحِينَ
“Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱجۡعَل لِّي لِسَانَ صِدۡقٖ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ
“Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱجۡعَلۡنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ
“Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱغۡفِرۡ لِأَبِيٓ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ
“Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَلَا تُخۡزِنِي يَوۡمَ يُبۡعَثُونَ
“Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٞ وَلَا بَنُونَ
“Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٖ سَلِيمٖ
“Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ
“Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِلۡغَاوِينَ
“Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَقِيلَ لَهُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡبُدُونَ
“Serta dikatakan kepada mereka: ‘Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu -
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
مِن دُونِ ٱللَّهِ هَلۡ يَنصُرُونَكُمۡ أَوۡ يَنتَصِرُونَ
‘Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri?’
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَكُبۡكِبُواْ فِيهَا هُمۡ وَٱلۡغَاوُۥنَ
“Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَجُنُودُ إِبۡلِيسَ أَجۡمَعُونَ
“Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالُواْ وَهُمۡ فِيهَا يَخۡتَصِمُونَ
“Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
تَٱللَّهِ إِن كُنَّا لَفِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٍ
“Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِذۡ نُسَوِّيكُم بِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
“' Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَمَآ أَضَلَّنَآ إِلَّا ٱلۡمُجۡرِمُونَ
“' Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَمَا لَنَا مِن شَٰفِعِينَ
“Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٖ
“Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَلَوۡ أَنَّ لَنَا كَرَّةٗ فَنَكُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
“‘Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman.’”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
كَذَّبَتۡ قَوۡمُ نُوحٍ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
(Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ نُوحٌ أَلَا تَتَّقُونَ
Ketika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٞ
“Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ
“Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
“Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ
“Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
۞ قَالُوٓاْ أَنُؤۡمِنُ لَكَ وَٱتَّبَعَكَ ٱلۡأَرۡذَلُونَ
Mereka menjawab: “Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ وَمَا عِلۡمِي بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
Nabi Nuh berkata: “Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنۡ حِسَابُهُمۡ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّيۖ لَوۡ تَشۡعُرُونَ
“Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَمَآ أَنَا۠ بِطَارِدِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
“Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنۡ أَنَا۠ إِلَّا نَذِيرٞ مُّبِينٞ
“Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالُواْ لَئِن لَّمۡ تَنتَهِ يَٰنُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمَرۡجُومِينَ
Mereka (mengugut dengan) berkata: “Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ رَبِّ إِنَّ قَوۡمِي كَذَّبُونِ
Nabi Nuh berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَٱفۡتَحۡ بَيۡنِي وَبَيۡنَهُمۡ فَتۡحٗا وَنَجِّنِي وَمَن مَّعِيَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
“Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَأَنجَيۡنَٰهُ وَمَن مَّعَهُۥ فِي ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ
Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا بَعۡدُ ٱلۡبَاقِينَ
Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
كَذَّبَتۡ عَادٌ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ هُودٌ أَلَا تَتَّقُونَ
Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٞ
“Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ
“Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
“Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَتَبۡنُونَ بِكُلِّ رِيعٍ ءَايَةٗ تَعۡبَثُونَ
“Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَتَتَّخِذُونَ مَصَانِعَ لَعَلَّكُمۡ تَخۡلُدُونَ
“Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَإِذَا بَطَشۡتُم بَطَشۡتُمۡ جَبَّارِينَ
“Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ
“Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱتَّقُواْ ٱلَّذِيٓ أَمَدَّكُم بِمَا تَعۡلَمُونَ
“Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَمَدَّكُم بِأَنۡعَٰمٖ وَبَنِينَ
“Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَجَنَّٰتٖ وَعُيُونٍ
“Dan taman-taman (yang indah permai) serta mataair-mataair (yang mengalir).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنِّيٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٖ
“Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالُواْ سَوَآءٌ عَلَيۡنَآ أَوَعَظۡتَ أَمۡ لَمۡ تَكُن مِّنَ ٱلۡوَٰعِظِينَ
Mereka menjawab: “Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا خُلُقُ ٱلۡأَوَّلِينَ
“Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَمَا نَحۡنُ بِمُعَذَّبِينَ
“Dan kami pula tidak akan diseksa”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَكَذَّبُوهُ فَأَهۡلَكۡنَٰهُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ
Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
كَذَّبَتۡ ثَمُودُ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ صَٰلِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ
Ketika saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٞ
“Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ
“Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
“Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَتُتۡرَكُونَ فِي مَا هَٰهُنَآ ءَامِنِينَ
“Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? -
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فِي جَنَّٰتٖ وَعُيُونٖ
“Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan mataair-mataair (yang mengalir),
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَزُرُوعٖ وَنَخۡلٖ طَلۡعُهَا هَضِيمٞ
“Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَتَنۡحِتُونَ مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتٗا فَٰرِهِينَ
“Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ
“Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَلَا تُطِيعُوٓاْ أَمۡرَ ٱلۡمُسۡرِفِينَ
“Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
ٱلَّذِينَ يُفۡسِدُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا يُصۡلِحُونَ
“Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالُوٓاْ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلۡمُسَحَّرِينَ
Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir!
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
مَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُنَا فَأۡتِ بِـَٔايَةٍ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ
“Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ هَٰذِهِۦ نَاقَةٞ لَّهَا شِرۡبٞ وَلَكُمۡ شِرۡبُ يَوۡمٖ مَّعۡلُومٖ
Nabi Soleh berkata: “Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوٓءٖ فَيَأۡخُذَكُمۡ عَذَابُ يَوۡمٍ عَظِيمٖ
“Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَعَقَرُوهَا فَأَصۡبَحُواْ نَٰدِمِينَ
Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَأَخَذَهُمُ ٱلۡعَذَابُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ
Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
كَذَّبَتۡ قَوۡمُ لُوطٍ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ
Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٞ
“Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ
“Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
“Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَتَأۡتُونَ ٱلذُّكۡرَانَ مِنَ ٱلۡعَٰلَمِينَ
“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمۡ رَبُّكُم مِّنۡ أَزۡوَٰجِكُمۚ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٌ عَادُونَ
“Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالُواْ لَئِن لَّمۡ تَنتَهِ يَٰلُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُخۡرَجِينَ
Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ إِنِّي لِعَمَلِكُم مِّنَ ٱلۡقَالِينَ
Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
رَبِّ نَجِّنِي وَأَهۡلِي مِمَّا يَعۡمَلُونَ
(Nabi Lut berdoa): “Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu.”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَنَجَّيۡنَٰهُ وَأَهۡلَهُۥٓ أَجۡمَعِينَ
Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِلَّا عَجُوزٗا فِي ٱلۡغَٰبِرِينَ
Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
ثُمَّ دَمَّرۡنَا ٱلۡأٓخَرِينَ
Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهِم مَّطَرٗاۖ فَسَآءَ مَطَرُ ٱلۡمُنذَرِينَ
Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ
Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
كَذَّبَ أَصۡحَٰبُ لۡـَٔيۡكَةِ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
(Demikian juga) penduduk “Aikah” telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِذۡ قَالَ لَهُمۡ شُعَيۡبٌ أَلَا تَتَّقُونَ
Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٞ
“Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ
“Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
“Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
۞ أَوۡفُواْ ٱلۡكَيۡلَ وَلَا تَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُخۡسِرِينَ
“Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَزِنُواْ بِٱلۡقِسۡطَاسِ ٱلۡمُسۡتَقِيمِ
“Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَلَا تَبۡخَسُواْ ٱلنَّاسَ أَشۡيَآءَهُمۡ وَلَا تَعۡثَوۡاْ فِي ٱلۡأَرۡضِ مُفۡسِدِينَ
“Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱتَّقُواْ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ وَٱلۡجِبِلَّةَ ٱلۡأَوَّلِينَ
“Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالُوٓاْ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلۡمُسَحَّرِينَ
Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَمَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُنَا وَإِن نَّظُنُّكَ لَمِنَ ٱلۡكَٰذِبِينَ
“Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَأَسۡقِطۡ عَلَيۡنَا كِسَفٗا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ
Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَالَ رَبِّيٓ أَعۡلَمُ بِمَا تَعۡمَلُونَ
Nabi Syuaib berkata: “Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan”.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمۡ عَذَابُ يَوۡمِ ٱلظُّلَّةِۚ إِنَّهُۥ كَانَ عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٍ
Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ
Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلۡأَمِينُ
Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
عَلَىٰ قَلۡبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُنذِرِينَ
Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
بِلِسَانٍ عَرَبِيّٖ مُّبِينٖ
(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَإِنَّهُۥ لَفِي زُبُرِ ٱلۡأَوَّلِينَ
Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَوَلَمۡ يَكُن لَّهُمۡ ءَايَةً أَن يَعۡلَمَهُۥ عُلَمَٰٓؤُاْ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ
(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَلَوۡ نَزَّلۡنَٰهُ عَلَىٰ بَعۡضِ ٱلۡأَعۡجَمِينَ
Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَقَرَأَهُۥ عَلَيۡهِم مَّا كَانُواْ بِهِۦ مُؤۡمِنِينَ
Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
كَذَٰلِكَ سَلَكۡنَٰهُ فِي قُلُوبِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ
Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
لَا يُؤۡمِنُونَ بِهِۦ حَتَّىٰ يَرَوُاْ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ
Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَيَأۡتِيَهُم بَغۡتَةٗ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ
Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَيَقُولُواْ هَلۡ نَحۡنُ مُنظَرُونَ
Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): “Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَفَبِعَذَابِنَا يَسۡتَعۡجِلُونَ
(Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَفَرَءَيۡتَ إِن مَّتَّعۡنَٰهُمۡ سِنِينَ
Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
ثُمَّ جَآءَهُم مَّا كَانُواْ يُوعَدُونَ
Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُم مَّا كَانُواْ يُمَتَّعُونَ
(Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَمَآ أَهۡلَكۡنَا مِن قَرۡيَةٍ إِلَّا لَهَا مُنذِرُونَ
Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
ذِكۡرَىٰ وَمَا كُنَّا ظَٰلِمِينَ
Memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَمَا تَنَزَّلَتۡ بِهِ ٱلشَّيَٰطِينُ
Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَمَا يَنۢبَغِي لَهُمۡ وَمَا يَسۡتَطِيعُونَ
Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنَّهُمۡ عَنِ ٱلسَّمۡعِ لَمَعۡزُولُونَ
Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَلَا تَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ فَتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُعَذَّبِينَ
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَأَنذِرۡ عَشِيرَتَكَ ٱلۡأَقۡرَبِينَ
Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱخۡفِضۡ جَنَاحَكَ لِمَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَإِنۡ عَصَوۡكَ فَقُلۡ إِنِّي بَرِيٓءٞ مِّمَّا تَعۡمَلُونَ
Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ
Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
ٱلَّذِي يَرَىٰكَ حِينَ تَقُومُ
Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَتَقَلُّبَكَ فِي ٱلسَّٰجِدِينَ
Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ
Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
هَلۡ أُنَبِّئُكُمۡ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ ٱلشَّيَٰطِينُ
Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٖ
Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
يُلۡقُونَ ٱلسَّمۡعَ وَأَكۡثَرُهُمۡ كَٰذِبُونَ
Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱلشُّعَرَآءُ يَتَّبِعُهُمُ ٱلۡغَاوُۥنَ
Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَلَمۡ تَرَ أَنَّهُمۡ فِي كُلِّ وَادٖ يَهِيمُونَ
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَأَنَّهُمۡ يَقُولُونَ مَا لَا يَفۡعَلُونَ
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَذَكَرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرٗا وَٱنتَصَرُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا ظُلِمُواْۗ وَسَيَعۡلَمُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَيَّ مُنقَلَبٖ يَنقَلِبُونَ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
 
مەنالار تەرجىمىسى سۈرە: سۈرە شۇئەرا
سۈرە مۇندەرىجىسى بەت نومۇرى
 
قۇرئان كەرىم مەنىلىرىنىڭ تەرجىمىسى - الترجمة الملايوية - عبد الله باسمية - تەرجىمىلەر مۇندەرىجىسى

ترجمة معاني القرآن الكريم إلى اللغة الملايوية، ترجمها عبد الله محمد باسمية.

تاقاش