قۇرئان كەرىم مەنىلىرىنىڭ تەرجىمىسى - الترجمة الملايوية - عبد الله باسمية * - تەرجىمىلەر مۇندەرىجىسى


مەنالار تەرجىمىسى سۈرە: سۈرە ئەلەق   ئايەت:

Al-‘Alaq

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَىٰ
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
 
مەنالار تەرجىمىسى سۈرە: سۈرە ئەلەق
سۈرە مۇندەرىجىسى بەت نومۇرى
 
قۇرئان كەرىم مەنىلىرىنىڭ تەرجىمىسى - الترجمة الملايوية - عبد الله باسمية - تەرجىمىلەر مۇندەرىجىسى

ترجمة معاني القرآن الكريم إلى اللغة الملايوية، ترجمها عبد الله محمد باسمية.

تاقاش