কুরআনুল কারীমের অর্থসমূহের অনুবাদ - মালয় ভাষায় অনুবাদ- আব্দুল্লাহ বাসমিয়্যাহ * - অনুবাদসমূহের সূচী


অর্থসমূহের অনুবাদ সূরা: সূরা আল-গাশিয়াহ   আয়াত:

Al-Ghaasyiyah

هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلۡغَٰشِيَةِ
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
আরবি তাফসীরসমূহ:
وُجُوهٞ يَوۡمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
আরবি তাফসীরসমূহ:
عَامِلَةٞ نَّاصِبَةٞ
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
আরবি তাফসীরসমূহ:
تَصۡلَىٰ نَارًا حَامِيَةٗ
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -
আরবি তাফসীরসমূহ:
تُسۡقَىٰ مِنۡ عَيۡنٍ ءَانِيَةٖ
Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.
আরবি তাফসীরসমূহ:
لَّيۡسَ لَهُمۡ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٖ
Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
আরবি তাফসীরসমূহ:
لَّا يُسۡمِنُ وَلَا يُغۡنِي مِن جُوعٖ
Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
আরবি তাফসীরসমূহ:
وُجُوهٞ يَوۡمَئِذٖ نَّاعِمَةٞ
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
আরবি তাফসীরসমূহ:
لِّسَعۡيِهَا رَاضِيَةٞ
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
আরবি তাফসীরসমূহ:
فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٖ
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
আরবি তাফসীরসমূহ:
لَّا تَسۡمَعُ فِيهَا لَٰغِيَةٗ
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
আরবি তাফসীরসমূহ:
فِيهَا عَيۡنٞ جَارِيَةٞ
Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,
আরবি তাফসীরসমূহ:
فِيهَا سُرُرٞ مَّرۡفُوعَةٞ
Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
আরবি তাফসীরসমূহ:
وَأَكۡوَابٞ مَّوۡضُوعَةٞ
Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
আরবি তাফসীরসমূহ:
وَنَمَارِقُ مَصۡفُوفَةٞ
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
আরবি তাফসীরসমূহ:
وَزَرَابِيُّ مَبۡثُوثَةٌ
Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
আরবি তাফসীরসমূহ:
أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلۡإِبِلِ كَيۡفَ خُلِقَتۡ
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
আরবি তাফসীরসমূহ:
وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيۡفَ رُفِعَتۡ
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
আরবি তাফসীরসমূহ:
وَإِلَى ٱلۡجِبَالِ كَيۡفَ نُصِبَتۡ
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
আরবি তাফসীরসমূহ:
وَإِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَيۡفَ سُطِحَتۡ
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
আরবি তাফসীরসমূহ:
فَذَكِّرۡ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٞ
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
আরবি তাফসীরসমূহ:
لَّسۡتَ عَلَيۡهِم بِمُصَيۡطِرٍ
Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
আরবি তাফসীরসমূহ:
إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ
Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -
আরবি তাফসীরসমূহ:
فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَكۡبَرَ
Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
আরবি তাফসীরসমূহ:
إِنَّ إِلَيۡنَآ إِيَابَهُمۡ
Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,
আরবি তাফসীরসমূহ:
ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا حِسَابَهُم
Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.
আরবি তাফসীরসমূহ:
 
অর্থসমূহের অনুবাদ সূরা: সূরা আল-গাশিয়াহ
সূরাসমূহের সূচী পৃষ্ঠার নাম্বার
 
কুরআনুল কারীমের অর্থসমূহের অনুবাদ - মালয় ভাষায় অনুবাদ- আব্দুল্লাহ বাসমিয়্যাহ - অনুবাদসমূহের সূচী

মালয় ভাষায় আল-কুরআনুল কারীমের অর্থসমূহের অনুবাদ- আব্দুল্লাহ মুহাম্মদ বাসমিয়্যাহ

বন্ধ