Tradução dos significados do Nobre Qur’an. - Tradução Malawiana- Abdullah Basamia * - Índice de tradução


Tradução dos significados Surah: Suratu Al-Infitar   Versículo:

Al-Infitaar

إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتۡ
Apabila langit terbelah;
Os Tafssir em língua árabe:
وَإِذَا ٱلۡكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتۡ
Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
Os Tafssir em língua árabe:
وَإِذَا ٱلۡبِحَارُ فُجِّرَتۡ
Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
Os Tafssir em língua árabe:
وَإِذَا ٱلۡقُبُورُ بُعۡثِرَتۡ
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
Os Tafssir em língua árabe:
عَلِمَتۡ نَفۡسٞ مَّا قَدَّمَتۡ وَأَخَّرَتۡ
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
Os Tafssir em língua árabe:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلۡكَرِيمِ
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
Os Tafssir em língua árabe:
ٱلَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّىٰكَ فَعَدَلَكَ
Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
Os Tafssir em língua árabe:
فِيٓ أَيِّ صُورَةٖ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ
Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
Os Tafssir em língua árabe:
كَلَّا بَلۡ تُكَذِّبُونَ بِٱلدِّينِ
Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
Os Tafssir em língua árabe:
وَإِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحَٰفِظِينَ
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
Os Tafssir em língua árabe:
كِرَامٗا كَٰتِبِينَ
(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
Os Tafssir em língua árabe:
يَعۡلَمُونَ مَا تَفۡعَلُونَ
Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
Os Tafssir em língua árabe:
إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ لَفِي نَعِيمٖ
(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
Os Tafssir em língua árabe:
وَإِنَّ ٱلۡفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٖ
Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
Os Tafssir em língua árabe:
يَصۡلَوۡنَهَا يَوۡمَ ٱلدِّينِ
Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
Os Tafssir em língua árabe:
وَمَا هُمۡ عَنۡهَا بِغَآئِبِينَ
Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
Os Tafssir em língua árabe:
وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
Os Tafssir em língua árabe:
ثُمَّ مَآ أَدۡرَىٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ
Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
Os Tafssir em língua árabe:
يَوۡمَ لَا تَمۡلِكُ نَفۡسٞ لِّنَفۡسٖ شَيۡـٔٗاۖ وَٱلۡأَمۡرُ يَوۡمَئِذٖ لِّلَّهِ
(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.
Os Tafssir em língua árabe:
 
Tradução dos significados Surah: Suratu Al-Infitar
Índice de capítulos Número de página
 
Tradução dos significados do Nobre Qur’an. - Tradução Malawiana- Abdullah Basamia - Índice de tradução

Tradução dos significados do Nobre Alcorão para a língua Malawiana - Abdullah Muhammad Basamia

Fechar