Check out the new design

قرآن کریم کے معانی کا ترجمہ - مالائی ترجمہ - عبد اللہ باسمیہ * - ترجمے کی لسٹ


معانی کا ترجمہ سورت: مُدثِّر   آیت:
فَمَا تَنفَعُهُمۡ شَفَٰعَةُ ٱلشَّٰفِعِينَ
Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
عربی تفاسیر:
فَمَا لَهُمۡ عَنِ ٱلتَّذۡكِرَةِ مُعۡرِضِينَ
(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran)?
عربی تفاسیر:
كَأَنَّهُمۡ حُمُرٞ مُّسۡتَنفِرَةٞ
Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
عربی تفاسیر:
فَرَّتۡ مِن قَسۡوَرَةِۭ
Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
عربی تفاسیر:
بَلۡ يُرِيدُ كُلُّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُمۡ أَن يُؤۡتَىٰ صُحُفٗا مُّنَشَّرَةٗ
(Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
عربی تفاسیر:
كَلَّاۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلۡأٓخِرَةَ
Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
عربی تفاسیر:
كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذۡكِرَةٞ
Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
عربی تفاسیر:
فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ
Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
عربی تفاسیر:
وَمَا يَذۡكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ هُوَ أَهۡلُ ٱلتَّقۡوَىٰ وَأَهۡلُ ٱلۡمَغۡفِرَةِ
Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).
عربی تفاسیر:
 
معانی کا ترجمہ سورت: مُدثِّر
سورتوں کی لسٹ صفحہ نمبر
 
قرآن کریم کے معانی کا ترجمہ - مالائی ترجمہ - عبد اللہ باسمیہ - ترجمے کی لسٹ

عبد اللہ محمد باسمیہ نے ترجمہ کیا۔

بند کریں