Check out the new design

Bản dịch ý nghĩa nội dung Qur'an - Bản dịch tiếng Mã Lai - 'Abdullah Basimiyah * - Mục lục các bản dịch


Ý nghĩa nội dung Chương: Al-Muddaththir   Câu:
فَمَا تَنفَعُهُمۡ شَفَٰعَةُ ٱلشَّٰفِعِينَ
Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
Các Tafsir tiếng Ả-rập:
فَمَا لَهُمۡ عَنِ ٱلتَّذۡكِرَةِ مُعۡرِضِينَ
(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran)?
Các Tafsir tiếng Ả-rập:
كَأَنَّهُمۡ حُمُرٞ مُّسۡتَنفِرَةٞ
Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
Các Tafsir tiếng Ả-rập:
فَرَّتۡ مِن قَسۡوَرَةِۭ
Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
Các Tafsir tiếng Ả-rập:
بَلۡ يُرِيدُ كُلُّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُمۡ أَن يُؤۡتَىٰ صُحُفٗا مُّنَشَّرَةٗ
(Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
Các Tafsir tiếng Ả-rập:
كَلَّاۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلۡأٓخِرَةَ
Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
Các Tafsir tiếng Ả-rập:
كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذۡكِرَةٞ
Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
Các Tafsir tiếng Ả-rập:
فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ
Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
Các Tafsir tiếng Ả-rập:
وَمَا يَذۡكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ هُوَ أَهۡلُ ٱلتَّقۡوَىٰ وَأَهۡلُ ٱلۡمَغۡفِرَةِ
Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).
Các Tafsir tiếng Ả-rập:
 
Ý nghĩa nội dung Chương: Al-Muddaththir
Mục lục các chương Kinh Số trang
 
Bản dịch ý nghĩa nội dung Qur'an - Bản dịch tiếng Mã Lai - 'Abdullah Basimiyah - Mục lục các bản dịch

Người dịch 'Abdullah Muhammad Basimiyah.

Đóng lại