Check out the new design

पवित्र कुरअानको अर्थको अनुवाद - मलाया अनुवाद : अब्दुल्लाह बासमीयह । * - अनुवादहरूको सूची


अर्थको अनुवाद सूरः: मुद्दस्सिर   श्लोक:
فَمَا تَنفَعُهُمۡ شَفَٰعَةُ ٱلشَّٰفِعِينَ
Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
अरबी व्याख्याहरू:
فَمَا لَهُمۡ عَنِ ٱلتَّذۡكِرَةِ مُعۡرِضِينَ
(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran)?
अरबी व्याख्याहरू:
كَأَنَّهُمۡ حُمُرٞ مُّسۡتَنفِرَةٞ
Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
अरबी व्याख्याहरू:
فَرَّتۡ مِن قَسۡوَرَةِۭ
Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
अरबी व्याख्याहरू:
بَلۡ يُرِيدُ كُلُّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُمۡ أَن يُؤۡتَىٰ صُحُفٗا مُّنَشَّرَةٗ
(Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
अरबी व्याख्याहरू:
كَلَّاۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلۡأٓخِرَةَ
Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
अरबी व्याख्याहरू:
كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذۡكِرَةٞ
Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
अरबी व्याख्याहरू:
فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ
Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
अरबी व्याख्याहरू:
وَمَا يَذۡكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ هُوَ أَهۡلُ ٱلتَّقۡوَىٰ وَأَهۡلُ ٱلۡمَغۡفِرَةِ
Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).
अरबी व्याख्याहरू:
 
अर्थको अनुवाद सूरः: मुद्दस्सिर
अध्यायहरूको (सूरःहरूको) सूची رقم الصفحة
 
पवित्र कुरअानको अर्थको अनुवाद - मलाया अनुवाद : अब्दुल्लाह बासमीयह । - अनुवादहरूको सूची

अब्दुल्लाह मोहम्मद बासमियाद्वारा अनुवादित।

बन्द गर्नुस्