قۇرئان كەرىم مەنىلىرىنىڭ تەرجىمىسى - الترجمة الملايوية - عبد الله باسمية * - تەرجىمىلەر مۇندەرىجىسى


مەنالار تەرجىمىسى سۈرە: سۈرە شەمس   ئايەت:

Asy-Syams

وَٱلشَّمۡسِ وَضُحَىٰهَا
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَىٰهَا
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَىٰهَا
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا طَحَىٰهَا
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَنَفۡسٖ وَمَا سَوَّىٰهَا
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَىٰهَا
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّىٰهَا
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
كَذَّبَتۡ ثَمُودُ بِطَغۡوَىٰهَآ
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشۡقَىٰهَا
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَقَالَ لَهُمۡ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقۡيَٰهَا
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: “(Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!”
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمۡدَمَ عَلَيۡهِمۡ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمۡ فَسَوَّىٰهَا
(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
وَلَا يَخَافُ عُقۡبَٰهَا
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
ئەرەپچە تەپسىرلەر:
 
مەنالار تەرجىمىسى سۈرە: سۈرە شەمس
سۈرە مۇندەرىجىسى بەت نومۇرى
 
قۇرئان كەرىم مەنىلىرىنىڭ تەرجىمىسى - الترجمة الملايوية - عبد الله باسمية - تەرجىمىلەر مۇندەرىجىسى

ترجمة معاني القرآن الكريم إلى اللغة الملايوية، ترجمها عبد الله محمد باسمية.

تاقاش