แปล​ความหมาย​อัลกุรอาน​ - คำแปลภาษามลายู - อับดุลลอฮ์ บัสมิห * - สารบัญ​คำแปล


แปลความหมาย​ สูเราะฮ์: Ash-Shams   อายะฮ์:

Asy-Syams

وَٱلشَّمۡسِ وَضُحَىٰهَا
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
ตัฟสีรต่างๆ​ ภาษาอาหรับ:
وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
ตัฟสีรต่างๆ​ ภาษาอาหรับ:
وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
ตัฟสีรต่างๆ​ ภาษาอาหรับ:
وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَىٰهَا
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
ตัฟสีรต่างๆ​ ภาษาอาหรับ:
وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَىٰهَا
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
ตัฟสีรต่างๆ​ ภาษาอาหรับ:
وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا طَحَىٰهَا
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
ตัฟสีรต่างๆ​ ภาษาอาหรับ:
وَنَفۡسٖ وَمَا سَوَّىٰهَا
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
ตัฟสีรต่างๆ​ ภาษาอาหรับ:
فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَىٰهَا
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
ตัฟสีรต่างๆ​ ภาษาอาหรับ:
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّىٰهَا
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
ตัฟสีรต่างๆ​ ภาษาอาหรับ:
وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
ตัฟสีรต่างๆ​ ภาษาอาหรับ:
كَذَّبَتۡ ثَمُودُ بِطَغۡوَىٰهَآ
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
ตัฟสีรต่างๆ​ ภาษาอาหรับ:
إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشۡقَىٰهَا
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
ตัฟสีรต่างๆ​ ภาษาอาหรับ:
فَقَالَ لَهُمۡ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقۡيَٰهَا
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: “(Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!”
ตัฟสีรต่างๆ​ ภาษาอาหรับ:
فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمۡدَمَ عَلَيۡهِمۡ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمۡ فَسَوَّىٰهَا
(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
ตัฟสีรต่างๆ​ ภาษาอาหรับ:
وَلَا يَخَافُ عُقۡبَٰهَا
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
ตัฟสีรต่างๆ​ ภาษาอาหรับ:
 
แปลความหมาย​ สูเราะฮ์: Ash-Shams
สารบัญสูเราะฮ์ หมายเลข​หน้า​
 
แปล​ความหมาย​อัลกุรอาน​ - คำแปลภาษามลายู - อับดุลลอฮ์ บัสมิห - สารบัญ​คำแปล

การแปลความหมายอัลกุรอานเป็นภาษามลายู โดย อับดุลลอฮ์ บัสมิห

ปิด