Қуръони Карим маъноларининг таржимаси - Малайча таржима, мутаржим: Абдуллоҳ Басамиа * - Таржималар мундарижаси


Маънолар таржимаси Сура: Шамс сураси   Оят:

Asy-Syams

وَٱلشَّمۡسِ وَضُحَىٰهَا
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
Арабча тафсирлар:
وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
Арабча тафсирлар:
وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
Арабча тафсирлар:
وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَىٰهَا
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
Арабча тафсирлар:
وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَىٰهَا
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
Арабча тафсирлар:
وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا طَحَىٰهَا
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
Арабча тафсирлар:
وَنَفۡسٖ وَمَا سَوَّىٰهَا
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Арабча тафсирлар:
فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَىٰهَا
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
Арабча тафсирлар:
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّىٰهَا
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Арабча тафсирлар:
وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Арабча тафсирлар:
كَذَّبَتۡ ثَمُودُ بِطَغۡوَىٰهَآ
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
Арабча тафсирлар:
إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشۡقَىٰهَا
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
Арабча тафсирлар:
فَقَالَ لَهُمۡ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقۡيَٰهَا
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: “(Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!”
Арабча тафсирлар:
فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمۡدَمَ عَلَيۡهِمۡ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمۡ فَسَوَّىٰهَا
(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
Арабча тафсирлар:
وَلَا يَخَافُ عُقۡبَٰهَا
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
Арабча тафсирлар:
 
Маънолар таржимаси Сура: Шамс сураси
Суралар мундарижаси Бет рақами
 
Қуръони Карим маъноларининг таржимаси - Малайча таржима, мутаржим: Абдуллоҳ Басамиа - Таржималар мундарижаси

Қуръон Карим маъноларининг малайча таржимаси, мутаржим: Абдуллоҳ Муҳаммад Басамиа

Ёпиш