Firo maanaaji al-quraan tedduɗo oo - Firo malayu - Abdullaahi Basimiya * - Tippudi firooji ɗii


Firo maanaaji Simoore: Simoore naange (njaane)   Aaya:

Asy-Syams

وَٱلشَّمۡسِ وَضُحَىٰهَا
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
Faccirooji aarabeeji:
وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
Faccirooji aarabeeji:
وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
Faccirooji aarabeeji:
وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَىٰهَا
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
Faccirooji aarabeeji:
وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَىٰهَا
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
Faccirooji aarabeeji:
وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا طَحَىٰهَا
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
Faccirooji aarabeeji:
وَنَفۡسٖ وَمَا سَوَّىٰهَا
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Faccirooji aarabeeji:
فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَىٰهَا
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
Faccirooji aarabeeji:
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّىٰهَا
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Faccirooji aarabeeji:
وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Faccirooji aarabeeji:
كَذَّبَتۡ ثَمُودُ بِطَغۡوَىٰهَآ
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
Faccirooji aarabeeji:
إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشۡقَىٰهَا
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
Faccirooji aarabeeji:
فَقَالَ لَهُمۡ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقۡيَٰهَا
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: “(Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!”
Faccirooji aarabeeji:
فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمۡدَمَ عَلَيۡهِمۡ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمۡ فَسَوَّىٰهَا
(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
Faccirooji aarabeeji:
وَلَا يَخَافُ عُقۡبَٰهَا
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
Faccirooji aarabeeji:
 
Firo maanaaji Simoore: Simoore naange (njaane)
Tippudi cimooje Tonngoode hello ngoo
 
Firo maanaaji al-quraan tedduɗo oo - Firo malayu - Abdullaahi Basimiya - Tippudi firooji ɗii

Firo maanaaji al-quraan tedduɗo oo fayde e ɗemngal malayu, firi ɗum ko Abdullaay Muhammad basimiya

Uddude